Pages

Friday, August 12, 2011



RISALAH KEPADA AHLI SUNNAH; 
PELAKSANAAN DAKWAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI MALAYSIA

2. PROSES PELAKSANAAN ASSUNNAH: LIKU-LIKU PEMBABASAN 



Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab para penyeru kepada AsSunnah amatlah berat. Namun tugas ini adalah wajib kepada setiap pendokong Ahli AsSunnah. Dan lebih berat lagi ialah kepada penuntut-penuntut ilmu AsSunnah dan mereka yang bergelar “ustaz-ustaz” atau lebih canggih lagi digelar “syeikh-syeikh” atau “ulamak-ulamak” AsSunnah. Rasulullah saw sendiri telah mengiktirafkan perkara ini dengan sabdanya yang bermaksud: 

“Sesungguhnya para ulamak adalah pewaris para nabi” (hadis sahih riwayat imam Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah) *                             
Sudah pastilah pula setiap proses pelaksanaan mendakwah dan menghidupkan asSunnah itu menghadapi kesilapan seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud; 
“Setiap bani/anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik mereka yang membuat kesilapan ialah mereka yang bertaubat” (Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad).

Setiap kesilapan menghasilkan proses pelaksanaan yang `terbabas’ dari objektif yang dituju sama ada sedikit atau banyak bergantung kepada magnitude/saiz atau intensity/ kekerapan kesilapan tersebut. Namun keistimewaan Dakwah AsSunnah ialah pembabasan tersebut tidak merosakkan visi dan misi keseluruhan Dakwah AsSunnah dengan syarat ia tidak membawa kekufuran atau kesyirikan luar dari batas ketentuan syarak.

Bertolak dari fenomena yang digariskan diatas maka penulis merasakan perlu dipaparkan beberapa nota perhatian dibawah sebagai peringatan atau proses pengemudian semula tehadap beberapa kesilapan dan  pembabasan yang telah berlaku dalam perlaksanaan Dakwah AsSunnah di Nusantara.

Disamping itu sebahagian nota perhatian tersebut harus dijadikan bimbingan dari garis panduan perlaksanaan Dakwah AsSunnah semasa dan dimasa depan di Nusantara.

Beberapa teguran yang dipaparkan bukanlah bermaksud menyentuh peribadi-peribadi tentu. Ia adalah semata-mata dalam bentuk proses mengambil pelajaran/koreksi dari kesilapan-kesilapan yang telah dan sedang berlaku termasuk kepada diri penulis sendiri dan para sahabatnya. Ia juga boleh dijadikan pelantar/platfrom penapisan dan kemajuan Dakwah AsSunnah kealaf yang lebih matang. Semoga Allah mengurniakan kita dari golongan yang benar-benar diredhainya dalam memperjuangkan dan merealisasikan AsSunah dimuka bumiNya, serta termasuk dalam golongan penegak AsSunah yang telah di isyaratkan oleh baginda Rasuluallah saw yang bermaksud:

Tidak akan hilang dari umatku satu golongan yang sentiasa menegakkan hak, tiada menjejaskan orang-orang yang menghina mereka sehingga datang perintah Allah (Hari Kiamat) (hadith riwayat Imam Muslim). 






3. Masalah Fanatik Kepada Pendapat Guru-guru Tertentu Sahaja (Klik di sini)

No comments:

Post a Comment