1. Definisi, Kepentingan dan Sumber-sumber Aqidah (klik di sini)
2.3 Definisi Al Islam (klik di sini)
Definisi iman yang sahih ialah membenarkan dalam hati, menyebutkan dengan lidah dan beramal dengan anggota badan. Dengan itu iman itu bertambah dengan ketaatan (amalan) dan ilmu; serta berkurang dengan maksiat dan kejahilan.*
2.3 Definisi Al Islam (klik di sini)
2.4 AL-IMAN
2.4.1 Definisi Al-Iman
Definisi iman yang sahih ialah membenarkan dalam hati, menyebutkan dengan lidah dan beramal dengan anggota badan. Dengan itu iman itu bertambah dengan ketaatan (amalan) dan ilmu; serta berkurang dengan maksiat dan kejahilan.*
2.4.2 Bahagian-Bahagian Iman
2.4.2.1 Ucapan Hati
Iaitu membenarkan dan menyakinkan dengan hati. Firman Allah swt dalam Surah Az-Zumar ayat 33 yang bermaksud:
“Dan yang membawa kebenaran serta mengakui kebenarannya, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”.
“Dan yang membawa kebenaran serta mengakui kebenarannya, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”.
Firman Allah swt dalam Surah Al-Hujarat ayat 15 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu”.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu”.
Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Muslim dan Tirmizi, sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Dikeluarkan dari neraka sesiapa yang mengucap La ilaha illAllah dan yang mengandungi kebaikan seberat atom di dalam hatinya”.
Juga, firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 41 yang bermaksud:
“Wahai Rasul, janganlah kamu berdukacita ke atas orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulut mereka ‘kami telah beriman’, padahal hati-hati mereka tidak beriman”.

2.4.2.2 Ucapan Lidah
Ia adalah mengucapkan dua kalimah syahadah dan berikrar ke atas syarat-syarat syahadah tersebut. Firman Allah swt dalam Surah As-Syura ayat 15 yang bermaksud:
“Dan katakanlah: aku telah beriman dengan kitab yang diturunkan oleh Allah”.
Firman-Nya juga dalam Surah Al-Ahqaf ayat 13 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata bahawa Tuhan kami ialah Allah dan kemudian tetap teguh di atas jalan yang betul (iman dan tauhid), maka tiada kebimbangan bagi mereka dan tiada pula mereka berdukacita”.

Diriwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim, sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan tiada tuhan yang berhak diabdikan melainkan Allah dan beriman denganku (utusan Allah) dan apa yang disampaikan padaku”.
“Aku diperintahkan agar memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan tiada tuhan yang berhak diabdikan melainkan Allah dan beriman denganku (utusan Allah) dan apa yang disampaikan padaku”.
2.4.2.3 Amalan Hati
Amalan hati adalah merupakan amalan anggota-anggota batin termasuk niat, ikhlas, kasih, taat, patuh, menyerah diri, takut, menaruh harapan, taqwa, bertawakkal kepada Allah I dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Contohnya adalah seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Lail ayat 19-20 berkenaan mereka yang mengharapkan keredhaan-Nya yang bermaksud:
“Dan tiada seorang pun yang memberi nikmat kepadanya yang harus dibalasnya; melainkan (semata-mata) untuk mengharapkan dari wajah Tuhannya yang Maha Tinggi”.
“Dan tiada seorang pun yang memberi nikmat kepadanya yang harus dibalasnya; melainkan (semata-mata) untuk mengharapkan dari wajah Tuhannya yang Maha Tinggi”.
Firman-Nya lagi berkenaan kasih orang-orang yang beriman terhadap-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 165 yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang beriman tersangat kasih kepada Allah”.
“Dan orang-orang yang beriman tersangat kasih kepada Allah”.
Firman-Nya juga dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28 menerangkan keimanan seseorang dengan berzikir mengingati Allah swt dalam hatinya yang bermaksud:
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah; ketahuilah dengan mengingati Allahlah hati-hati menjadi tenteram”.
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah; ketahuilah dengan mengingati Allahlah hati-hati menjadi tenteram”.
Diriwayatkan oleh Tabarani dan Abu Nu‘aim (disahihkan oleh Imam Nawawi) bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Tiada beriman seseorang dari kamu sehingga hawa nafsunya menurut apa yang telah diutuskan kepadaku”.
“Tiada beriman seseorang dari kamu sehingga hawa nafsunya menurut apa yang telah diutuskan kepadaku”.
Maka ini adalah tujuan penyerahan diri dan kepatuhan yang sebenarnya dengan mengarahkan segala kehendak hawa nafsunya menurut apa yang telah diutuskan kepada Rasullullah saw Dalil-dalil lain berkenaan amalan-amalan hati adalah amat banyak sekali.
2.4.2.4 Amalan Lidah dan Anggota Badan
Amalan atau perbuatan zahir dapat dibahagikan kepada perbuatan lidah dan perbuatan anggota badan. Perbuatan lidah adalah amalan yang dizahirkan melalui lidah seperti membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa dengan bersuara.
Adapun amalan anggota badan adalah perbuatan yang dilaksanakan dengan menggunakan mana-mana anggota badan seperti berdiri sembahyang, ruku’, sujud, berjalan ke masjid, berjalan mengerjakan haji, menyuruh membuat kebaikan, melarang membuat kemungkaran dan sebagainya.
Antara dalil-dalil berkenaan perbuatan iman ini ialah firman Allah swt dalam Surah Al-Faathir ayat 29 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugikan”.
Firman Allah juga dalam Surah Al-Haj ayat 77 dan 78 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan agar kamu beroleh kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya”.

2.4.3 Perbincangan Bahawa Amalan (Zahir) Adalah Termasuk Dalam Definisi Iman
Terdapat perbezaan pendapat di antara ulama’ Ahli As-Sunnah wal-Jamaah sama ada amalan zahir itu termasuk dalam definisi iman atau tidak.
Hampir keseluruhan ulama’ Ahli As-Sunnah mengatakan bahawa iman itu adalah membenarkan dengan hati, menyebut dengan lidah dan beramal dengan anggota zahir. Ini adalah pendapat Imam Malik, As-Syafie, Ahmad Ibnu Hanbal, Al-Auza‘e, Ishak Ibnu Rahawaeh, Sufian Ath-Thauri, Ibnu Juraij, Sufian Ibnu Uyainah, Umar Ibnu Abdul Aziz, Bukhari, kesemua ahli-ahli hadith yang lain, ahli Madinah dan lain-lain. Mereka juga bersependapat bahawa:
a. Iman naik dengan ketaatan dan ilmu
b. Iman turun dengan kemaksiatan dan kejahilan
c. Iman adalah berdarjat dan tidak hanya satu sahaja
d. Amalan zahir adalah merupakan syarat kepada kesempurnaan iman
Pada keseluruhannya, amalan zahir kesemuanya adalah termasuk di dalam definisi iman sebagaimana pendapat Umar Ibnu Abdul Aziz yang telah menulis:
“Maka sesungguhnya iman itu adalah perkara-perkara fardhu dan hukum syarak. Sesiapa yang menyempurnakannya maka ia telah menyempurnakan iman, dan sesiapa yang tidak menyempurnakannya maka ia telah tidak menyempurnakan iman”.

Pendapat kedua yang diriwayatkan dari Imam Abu Hanifah, Imam At-Thohawi dan lain-lain telah mengatakan bahawa iman itu adalah membenarkan dalam hati dan menyebut dengan lidah. Menurut pendapat ini, amalan zahir adalah merupakan tuntutan daripada iman dan bukan asal kepadanya. Maka dengan itu amalan zahir tidak termasuk ke dalam definisi iman.
Pada zahirnya dalil-dalil dari Al-Quran dan hadith menunjukkan bahawa pendapat pertama adalah pendapat yang lebih tepat. Antara dalil-dalil tersebut ialah firman Allah swt dalam menolak keimanan seseorang yang enggan menghukum dengan hukum Allah dan rasul-Nya, sepertimana di dalam Surah An-Nisa’ ayat 65 yang bermaksud:
“Maka demi Tuhan kamu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan”.
“Maka demi Tuhan kamu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan”.
Begitu juga hadith Rasulullah saw diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim bahawa:
“Iman itu lebih dari tujuh puluh atau enam puluh bahagian; setinggi-setingginya ialah mengucap La ilaha illAllah dan serendah-rendahnya ialah mengalihkan sesuatu yang mencederakan dari tengah jalan, dan malu itu sebahagian daripada iman.”

Diriwayatkan oleh Iman Al-Bukhari, sabda Rasulullah saw:
“Dan sesungguhnya mereka yang menyakiti jirannya bukanlah seorang mukmin”.
“Dan sesungguhnya mereka yang menyakiti jirannya bukanlah seorang mukmin”.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad, sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah mengubah dengan tangannya, sekira tidak berdaya maka dengan lidahnya, sekira tidak berdaya maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman”.

Dengan ini juga maka Imam Al-Bukhari telah menamakan beberapa bab dalam Kitab Al-Iman dalam Sahih Al-Bukhari seperti berikut:
- Bab kasih kepada Rasul dari Iman
- Bab malu itu dari iman
- Bab sesiapa yang mengatakan bahawa iman itu adalah amalan
- Bab berdiri sembahyang malam Lailatul Qadar dari iman
- Bab jihad dari iman
- Bab sembahyang dari iman
- Bab mengiringi jenazah dari iman dan lain-lain
No comments:
Post a Comment