BAB 1: DEFINISI, KEPENTINGAN DAN SUMBER-SUMBER AQIDAH
Aqidah pada umumnya adalah merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau keraguan.
Aqidah dalam Islam merupakan perkara asas (atau usul) di mana tumbuh cabang-cabang syariat darinya. Syariat pula ialah amalan-amalan yang berupa ibadat dan muamalat yang dianjurkan oleh Islam hasil dari aqidah tersebut. Dengan sebab inilah ilmu aqidah itu juga dinamakan sebagai ilmu usuluddin atau yang bermaksud ilmu usul agama.
Oleh itu, di dalam agama Islam aqidah itu merupakan suatu perkara yang telah ditetapkan malah wajib bagi pegangan aqidah itu disertakan dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan suatu keraguan (dzan) dan bukan aqidah.
Dalilnya adalah seperti firman Allah Taala ;
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya) (Al Hujurat 49:15)
الم..ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (Al Baqarah 2:1-1)
وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ
yang bermaksud: “Dalam hati mereka ragu-ragu, oleh itu mereka berbelah-bagi dalam keraguan mereka”. (At Taubah 9:45)Perlu ditegaskan di sini juga bahawa masalah-masalah aqidah yang wajib diiktiqadkan merupakan perkara-perkara ghaib yang tiada dapat disaksikan dengan mata sepertimana yang diterangkan oleh Allah swt dalam memuji orang-orang yang beriman dalam Surah Al-Baqarah ayat 3:
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
yang bermaksud: “Mereka yang beriman dengan (perkara-perkara) ghaib”(al Baqarah 2:3)
Sehubungan ini kita dapati bahawa dalam rukun iman menyatakan Allah swt itu ghaib dan begitu juga para malaikat, hari akhirat, qada' dan qadar adalah perkara-perkara ghaib. Meskipun para rasul dan kitab-kitab dapat disaksikan atau dilihat tetapi apa yang sebenarnya dikehendaki dalam konteks keimanan terhadap Allah swt ialah hakikat bahawasanya para rasul itu adalah utusan dari Allah swt; dan begitu juga kitab-kitab adalah diturunkan oleh Allah swt; ini semua adalah perkara ghaib.
1.1.1 Aqidah Suci Dan Aqidah Fasad
Definisi atau pengertian aqidah pada umumnya tidak terhad kepada Islam sahaja. Bahkan setiap kumpulan agama, pembawaan atau pemikiran, mempunyai aqidah-aqidah mereka yang tersendiri. Aqidah mereka inilah yang menjadi asas sistem kehidupan mereka sama ada secara perseorangan atau pun secara jemaah. Oleh itu, demi untuk menjaga satu kesucian aqidah yang bersih maka adalah amat penting bahawa aqidah kita tidak dicampuri atau dipengaruhi oleh sebahagian atau keseluruhannya dengan aqidah-aqidah yang lain. Kita perlu yakin kepada aqidah yang sahih sahaja; dan aqidah inilah yang diturunkan melalui rasul-rasul pada setiap tempat dan zaman kerana ianya turun dari Yang Maha Esa.
Firman Allah I dalam Surah An-Nahl ayat 36 yang bermaksud:
“Bahawa sesungguhnya kami utuskan kepada setiap umat seorang Rasul agar mereka mengabdikan diri kepada Allah swt dan menjauhi thaghut”. Mereka menyeru manusia, “abdikanlah diri kamu kepada Allah swt, serta jauhilah diri kamu dari mengabdikan diri kepada thaghut”.

Aqidah yang selain dari ini adalah semuanya merupakan aqidah yang fasad atau batil yang tidak terkira banyak bilangannya. Kesemuanya adalah berpunca sama ada dari akal pemikiran manusia semata-mata atau pun penyelewengan aqidah yang suci yang diselewengkan menurut akal fikiran dan hawa nafsu sepertimana yang terdapat dalam aqidah Yahudi, Nasrani, golongan tariqat yang menyeleweng, ahli falsafah, golongan batiniyah, puak Syiah dan lain-lain. Walau setinggi manapun tingkatan akal fikiran manusia namun ilmu yang ada di sisinya adalah masih terhad dan tidak mencukupi. Ia dipengaruhi oleh keadaan alam sekeliling menurut adat resam, peniruan cara hidup dan pemikiran pihak-pihak yang lain.
1.1.2 Kedudukan Aqidah Yang Suci Pada Hari Ini
Aqidah yang suci pada hari ini tidaklah wujud melainkan hanya dalam Islam sahaja kerana ia adalah merupakan satu agama yang dijamin dipelihara oleh Allah swt sendiri dengan firman-Nya dalam Surah Al-Hijr ayat 9: yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan peringatan (Al-Quran) dan Kamilah yang memeliharanya”.
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan peringatan (Al-Quran) dan Kamilah yang memeliharanya”.
Di samping itu hendaklah diktiqadkan bahawa agama yang terpelihara ini juga telah diturunkan dengan sempurna dan serba mencukupi sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:
“Hari ini telah Aku sempurnakan kepada kamu agama kamu”.
“Hari ini telah Aku sempurnakan kepada kamu agama kamu”.
Oleh itu, aqidah yang suci yang terkandung di dalam agama yang terpelihara ini adalah telah mencukupi dan tidak perlu sama sekali kepada sebarang pemindaan atau sandaran kepada sumber-sumber yang lain daripada apa yang difahami oleh Rasulullah saw dan kemudian para sahabatnya
1.2 KEPENTINGAN AQIDAH
1.2.1 Tujuan Aqidah
Aqidah Islam merupakan satu perkara yang penting kepada manusia seperti air dan udara. Tanpa aqidah yang betul manusia akan kehilangan arah tujuan dan keadaan dirinya. Hanya aqidah Islam sahaja yang dapat menjawab persoalan-persoalan yang sentiasa berlegar dalam pemikiran manusia seperti:
Dari mana asal-usulnya?
Dari mana timbul alam ini?
Siapakah Penciptanya?
Apakah nama-nama dan sifat-sifat Pencipta tersebut?
Kenapakah kita dijadikan?
Apakah tujuan alam ini dijadikan?
Apakah hubungan antara kita dengan Pencipta yang menjadikan kita?
Adakah alam di sebalik alam ini?
Adakah makhluk lain selain dari manusia ini?
Adakah kehidupan lain selepas kehidupan di dunia ini?
Bagaimanakah bentuk kehidupan tersebut?
Dan lain-lain lagi.
Dalam menghadapi persoalan-persoalan seperti di atas maka tujuan aqidah Islam yang terpenting sekali adalah mengajak manusia kepada tauhid. Hanya dengan tauhid sajalah dapat memberi jawapan kepada manusia tentang hakikat permasalahan tersebut.
1.2.2 Definisi Tauhid
Tauhid adalah mengesakan Allah swt dalam ibadat dengan mengarahkan ibadat tersebut semata-mata kepada-Nya sahaja dan tidak mensyirikkan-Nya (menyengutukan-Nya) dengan sesuatu. Ia adalah dakwah atau seruan semua para nabi dan rasul walaupun terdapat perbezaan antara syariat mereka masing-masing. Firman Allah swt dalam Surah Al-Anbiya' ayat 25 dalam menekankan keesaan Allah atau tauhid ini: yang bermaksud:
“Tiada Kami utuskan sebelum kamu seorang Rasul itu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak diabdikan) melainkan Aku, maka berabdilah kepada Aku”.
“Tiada Kami utuskan sebelum kamu seorang Rasul itu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak diabdikan) melainkan Aku, maka berabdilah kepada Aku”.
Oleh itu kita dapati bahawa ilmu aqidah itu selalu juga disebut sebagai Ilmu Tauhid atas dasar tujuan aqidah Islam yang utama iaitu mentauhidkan Allah dalam segala jenis ibadat.
1.2.3 Kepentingan Tauhid
Kepentingan tauhid dalam aqidah Islam dapat dibahagikan kepada tiga:
a) Tauhid merupakan syarat am bagi penerimaan sebarang ibadat.
Sepertimana tiada diterima sembahyang tanpa wudhu’ maka begitulah juga tiada diterima sebarang ibadat tanpa tauhid. Maka tiada gunanya ibadat tanpa tauhid. Firman Allah swt dalam Surah Al-An’am ayat 88 yang bermaksud: “Dan sekiranya mereka mensyirikkan sesuatu nescaya gugurlah daripada mereka segala perkara yang telah mereka kerjakan”.

b) Tauhid memberi perangsang dan harapan untuk memasuki syurga serta menyelamatkan dari kekal dalam neraka.
Daripada riwayat Muslim bahawa telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesiapa yang bertemu dengan Allah tanpa mensyirikkan-Nya dengan sesuatu; masuk ke dalam syurga, dan sesiapa yang bertemu-Nya dengan mensyirikkan-Nya dengan sesuatu; masuk ke neraka”.

Maka tauhid memberi harapan kepada sesiapa yang telah melakukan dosa untuk mendapatkan pengampunan dari Allah dan mereka tertakluk di bawah kehendak Allah swt. Sekiranya dikehendaki-Nya, diampunkan dosa-dosa mereka, dan sekira dikehendaki-Nya, diazabkan mereka dahulu.
Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 48: yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengampun sesiapa yang syirik kepada-Nya dan mengampun segala (dosa-dosa) yang lain kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”.
“Sesungguhnya Allah tidak mengampun sesiapa yang syirik kepada-Nya dan mengampun segala (dosa-dosa) yang lain kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”.
c) Tauhid memberi harapan dalam penerimaan syafaat dari orang-orang yang dibenarkan memberi syafaat.
Tetapi, bagi sesiapa yang telah syirik maka tiada sekali boleh ia menerima syafaat dari sesiapa pun. Firman Allah dalam Surah Al-Ghafir ayat 18 yang bermaksud:
“Bagi orang-orang yang zalim tidak mempunyai teman setia seorang pun dan tidak (pula) mempunyai seorang pemberi syafaat yang diterima syafaatnya”.

As-Sheikh Hafiz Ibnu Ahmad Al-Hakami dalam kitab tauhidnya yang bertajuk “Ma‘arij Al-Qabul” jilid satu tatkala menjelaskan kepentingan aqidah tauhid telah menegaskan:
“Sesuai dengan kenyataan bahawa tauhid itu adalah yang disuruh oleh Allah, maka dengan ini, dakwah sekelian rasul-rasul kesemuanya adalah terhadap tauhid kepada Allah swt dan menafikan syirik. Mereka tidak menyeru kepada sesuatu sebelum membuat seruan kepada tauhid dan tidak pula melarang sesuatu sebelum melarang dari syirik seperti mana yang telah dijelaskan secara meluas. Allah swt tidak menyebut berkenaan tauhid bersama dengan suruhan-suruhan yang lain melainkan mendahuluinya dengan tauhid dan begitu juga tidak menyebut berkenaan syirik bersama-sama dengan larangan-larangan yang lain melainkan mendahuluinya dengan syirik: Contohnya adalah seperti mana yang terdapat dalam Surah An-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud:
“Dan berabdilah kepada Allah dan janganlah kamu mensyirikkan-Nya dengan sesuatu serta berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, dan kaum-kerabat dan anak-anak yatim.......”.

Contoh dari segi larangan pula adalah sepertimana firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 151: yang bermaksud:
“Katakanlah: Marilah ku bacakan apa yang telah diharamkan atas kamu oleh Tuhan kamu iaitu janganlah kamu menyengutukan sesuatu terhadapNya, dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa. Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya)...”.

Begitu jugalah halnya dalam hadith-hadith Nabi saw yang di dalamnya membuat beberapa suruhan dan larangan. Hadith-hadith ini senantiasa memulai segala suruhan dengan seruan kepada tauhid dan mendahului segala larangan dengan cegahan terhadap syirik..... Contohnya ialah dalam hadith apabila Nabi saw ditanya:
“Tunjukkan kepadaku satu amalan yang dapat mendekatkan diriku kepada syurga dan menjauhiku dari neraka”. Maka jawabnya: “Demi sesungguhnya kamu telah menanyakan sesuatu perkara yang amat penting.......beribadatlah kepada Allah dan janganlah kamu syirik kepada-Nya dengan sesuatu”, dan seterusnya ia menyebut amalan-amalan yang lain. (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad ibnu Hanbal dan Ibnu Majah) (terjemahan daripada kenyataan As-Syeikh Al-Hakami)

1.3 SUMBER-SUMBER AQIDAH
1.3.1 Pendahuluan
Setelah kita memahami akan pengertian aqidah yang suci serta tujuan dan kepentingannya, maka adalah wajar dijelaskan di sini pula berkenaan sumber-sumber aqidah yang menjadi hujah atau dalil dalam membentuk kaedah-kaedah demi untuk menjamin kesucian aqidah tersebut tanpa sebarang penyelewengan.
Antara keistimewaan yang paling utama bagi aqidah Islam ialah ianya adalah aqidah yang asalnya diturunkan dari Tuhan melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad saw. Firman Allah swt dalam Surah An-Najm ayat 1-5: yang bermaksud:
“Demi bintang ketika terbenam. Tiada sesat sahabat kamu (Muhammad) dan tidak pula ia keliru. Dan tiada ia berkata-kata menurut hawa nafsunya. Sesungguhnya ucapannya itu adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). Yang diajarkan kepadanya oleh Jibrail yang amat kuat”.

Maka Rasulullah saw tidak menambah apa jua pun terhadap apa yang diwahyukan kepadanya. Bahkan tugasnya adalah untuk membawa aqidah dan menyampaikannya dengan amanah. Firman Allah swt dalam Surah As-Syura ayat 52: yang bermaksud:
“Dan begitulah Kami wahyukan kepada kamu Al-Quran dengan perintah Kami. Tidaklah kamu mengetahui sebelum itu apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan apakah iman itu. Tetapi Kami jadikan Al-Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya kepada sesiapa yang Kami kehendaki dari hamba-hamba Kami”.

Sepertimana yang telah diterangkan dalam bahagian 1.1.2 tadi, Allah swt telah memberi jaminan memelihara aqidah ini tanpa sebarang penukaran atau penyelewengan tidak seperti apa yang telah terjadi kepada kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum Al-Quran.
Firman-Nya dalam Surah Al-Hijr, ayat 9 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran itu dan Kamilah yang memeliharanya”.
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran itu dan Kamilah yang memeliharanya”.
Maka hanya Islam itu sahaja yang tinggal kekal dalam keasliannya berbanding dengan agama-agama lain yang telah diturunkan kitab-kitab yang lain oleh Allah swt. Firman-Nya dalam Surah An-Nisa’ ayat 82: yang bermaksud:
“Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah nescaya mereka dapati di dalamnya perselisihan yang banyak”.
“Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah nescaya mereka dapati di dalamnya perselisihan yang banyak”.
1.3.2 Sumber Aqidah Yang Muktamad
Jadi, jelaslah bahawa sumber aqidah yang sebenarnya mestilah hanya berdasarkan wahyu dari Allah dan tidak lain dari itu. Dan wahyu yang diturunkan kepada nabiNya saw adalah terbahagi kepada dua bahagian:
1) Al-Quran.
2) As-Sunnah
Ini adalah berdasarkan Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 151: yang bermaksud:
“Dan Allah mengajarkan kamu Al-Kitab dan Al-Hikmah”.
“Dan Allah mengajarkan kamu Al-Kitab dan Al-Hikmah”.
Maka Al-Kitab itu adalah Al-Quran dan Al-Hikmah itu adalah sunnah nabi. Begitu juga hadith Rasulullah saw yang bermaksud:
“Bukankah sesungguhnya aku telah diutuskan dengan Al-Quran dan sepertinya bersama-sama dengannya”. (Hadith sahih riwayat Abu Daud)
“Bukankah sesungguhnya aku telah diutuskan dengan Al-Quran dan sepertinya bersama-sama dengannya”. (Hadith sahih riwayat Abu Daud)
Seterusnya, turunnya aqidah Islam itu adalah dengan sempurna dan suci. Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengajar umatnya segala perkara hinggakan adab untuk membuang najis. Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 67 yang bermaksud:
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika sekiranya kamu tidak melakukannya maka kamu telah tidak menyampaikan utusan-Nya”.
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika sekiranya kamu tidak melakukannya maka kamu telah tidak menyampaikan utusan-Nya”.
Maka selepas dari itu, adalah tidak betul bagi seseorang itu mengatakan "sesungguhnya Rasulullah saw tidak menyampaikan sebahagian dari perkara aqidah"; atau "sesungguhnya aqidah ini terbahagi kepada dua: sebahagian untuk orang awam iaitu yang diajarkan oleh Rasulullah saw dan sebahagian lagi untuk peringkat para ulama’ yang mereka terima sendiri secara langsung dari Allah swt"; atau "aqidah itu ada zahirnya dan ada batinnya"; atau "sesungguhnya sebahagian dari dalil-dalil mesti ditakwilkan (ubah suai) maknanya".
Perbahasan tajuk-tajuk aqidah amatlah luas dan penting sekali. Adalah mustahil bagi satu agama yang mengajar hinggakan perkara yang sekecil-kecilnya termasuk adab pergi ke tandas untuk meninggalkan perkara-perkara aqidah ini yang amat penting sekali yang tidak boleh diketahui melainkan hanya melalui wahyu. Sekiranya tidak diajarkan kepada manusia akan perkara-perkara aqidah dengan sempurnanya nescaya manusia akan sesat malah menyesatkan pula yang lain kerana manusia tidak boleh mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan dengan wahyu.
(Sila lihat risalah “Dua Peninggalan Rasulullah saw : Al-Quran dan As-Sunnah” oleh pengarang)
1.3.3 Penerimaan Ulama’-Ulama’ Yang Terawal Akan Sumber-Sumber Aqidah Yang Asli
Sesungguhnya ulama’-ulama’ Islam yang terawal dan yang paling dipercayai adalah terdiri daripada para sahabat y. Mereka ini menerima pengajaran dan kefahaman terus dari Rasulullah saw sendiri. Kemudian mereka mengajarkannya pula dengan penuh amanah kepada generasi yang selepas mereka, iaitu mereka yang terkenal dengan gelaran attabi‘in. Kemudian para tabi‘in ini pula mengajarkan kepada generasi yang selepas mereka iaitu generasi tabi’ attabi‘in. Termasuk dalam golongan mereka ialah imam-imam dalam empat mazhab feqah yang terbesar (iaitu Imam Malik, Abu Hanifah, As-Syafie dan Ahmad ibnu Hanbal) dan juga para ulama’ hadith yang terkenal seperti Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan lain-lain.
Generasi-generasi inilah yang telah diiktirafkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud:
“Sebaik-baik manusia adalah dalam kurunku dan kemudian kurun selepasnya dan kemudian kurun selepasnya”. (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
“Sebaik-baik manusia adalah dalam kurunku dan kemudian kurun selepasnya dan kemudian kurun selepasnya”. (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Oleh itu, tiadalah golongan yang lebih memahami dengan sepenuhnya sumber-sumber aqidah daripada ulama’-ulama’ Islam yang terawal ini menurut tertibnya mulai dari para sahabat, para tabi‘in, tabi’ attabi‘in, imam-imam terbesar dalam feqah dan ulama’-ulama’ hadith dalam lingkungan tiga kurun selepas Rasulullah saw dengan syarat ulama’-ulama’ tersebut tidak ditohmah dengan amalan bid‘ah. Kalau terdapat ulama’-ulama’ lain selepas mereka ini mentafsirkan sumber-sumber aqidah selain dari pentafsiran yang dibuat oleh ulama’-ulama’ yang terawal ini lalu dengan itu mendakwa bahawa mereka adalah lebih bijak atau lebih mengetahui dari ulama’-ulama’ yang terawal ini, maka pentafsiran mereka adalah jelas tidak boleh diterima.
Jadi, untuk menjamin satu aqidah yang suci, lurus dan tepat, maka perlulah kita kaji dan berpegang hanya dengan cara ulama’-ulama’ yang terawal ini yang dapat kita jelaskan dengan membahagikannya kepada kaedah-kaedah berikut:
a) Para ulama’ yang terawal menerima wahyu dengan menolak sepenuhnya sumber-sumber selain dari wahyu tersebut. Mereka beriman dengannya (iaitu yang hak) dan menganggap unsur-unsur selain darinya adalah batil dan menyesatkan. Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 32 yang bermaksud:
“Maka bukanlah selain dari hak atau kebenaran itu melainkan kesesatan”.
“Maka bukanlah selain dari hak atau kebenaran itu melainkan kesesatan”.
b) Mereka tidak cuba menukarkan fahaman aqidah dengan lafaz-lafaz atau cara-cara yang luar dari fahaman mereka yang asli. Mereka yakin bahawa agama ini diturunkan oleh Allah cukup bagi mereka untuk memahaminya sama ada dari segi lafaz atau maknanya.
c) Mereka tidak meninggalkan sumber-sumber wahyu demi kerana mendahului pendapat seorang manusia lain walau pun betapa alim orang itu. Berkata Az-Zuhri seorang ulama’ tabi‘in dan perawi hadith yang amat terkenal:
“Jangan kamu mengeluarkan pendapat kamu sendiri ke atas Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw”.
“Jangan kamu mengeluarkan pendapat kamu sendiri ke atas Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw”.
d) Penerimaan mereka adalah penerimaan yang sempurna dan menyeluruh tanpa syak atau pilihan yang lain. Firman Allah swt dalam Surah Al-Ahzab ayat 36 yang bermaksud:
“Dan tidaklah boleh bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan bagi sesuatu ketetapan, mereka masih mempunyai pilihan sendiri mengenai urusan mereka. Dan barang siapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.
Berkata Az-Zuhri (dalam Sahih Al-Bukhari, Kitab At-Tauhid); Utusan adalah dari Allah; ke atas Ar Rasul menyampaikannya; dan ke atas kita menerimanya.
e) Mereka meninggalkan segala penambahan perkara-perkara baru (bid‘ah) dalam agama. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak pernah kami mengamalkannya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
“Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak pernah kami mengamalkannya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Kesimpulannya; mereka berdiam diri ke atas apa yang tidak dinyatakan oleh wahyu; mereka beriktikadkan dengan zahir makna wahyu tersebut tanpa sebarang ubah suai (atau takwil); dan tidak menambah sesuatu ke atas apa yang diturunkan; dan mereka meluaskan apa yang diluaskan oleh Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya dan tidak meluaskan apa yang Allah swt tidak luaskan ke atasnya. Maka inilah manhaj atau cara penerimaan aqidah dalam kurun-kurun yang awal selepas Rasulullah saw (Sila lihat kitab Manhaj Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah oleh pengarang yang menjelaskan dengan lebih mendalam lagi berkenaan manhaj ulama’-ulama’ terawal ini).
1.3.4 Penerimaan Golongan Ahli Bid‘ah
Selepas zaman Rasulullah saw, empayar Islam telah menakluk negara-negara lain yang berjiran dengannya. Umat muslimin mula berhadapan dengan kebudayaan dan adat resam yang berlainan. Mereka berusaha mempengaruhi negara-negara tersebut menerima Islam dan usaha-usaha ini telah diterima dengan baik. Maka penduduk-penduduk negara tersebut telah berusaha menterjemahkan sumber-sumber agama serta memahami dan menyesuaikan diri mereka dengan kefahaman dan kehidupan Islam yang tulin. Malangnya, di sebalik usaha-usaha ini, timbul juga golongan-golongan fasik yang cuba menyelewengkan keaslian sumber-sumber agama khususnya dalam aqidah.
Pada zaman pemerintahan khalifah Bani Abbasiyah yang bernama Al-Makmun (198-218H), usaha besar-besaran telah dilakukan untuk menterjemah buku-buku falsafah Yunani ke dalam Bahasa Arab terutamanya falsafah Socrates, Aristotle dan Plato. Falsafah ini berdiri di atas landasan logik akal atau mantiq semata-mata yang merupakan sumber ilmu yang utama kepada mereka. Usaha terjemahan ini telah meninggalkan pengaruh yang mendalam dalam pemikiran segolongan umat Islam yang terpengaruh oleh falsafah musyrik ini. Di antara kesan pengaruh ini ialah timbulnya kaedah hukum ‘aqli (akal) di mana akal diberi peranan utama dalam menentukan kefahaman aqidah Islam mengatasi peranan nas-nas Al-Quran dan Sunnah. Hasil dari ini, maka terdapat golongan-golongan yang kononnya cuba memperdekatkan sumber-sumber wahyu dengan falsafah Yunani lalu menamakan percampuran tersebut sebagai falsafah Islam atau ilmu kalam.
Dengan ini berlakulah satu pencemaran sumber-sumber wahyu yang asli. Berkata Al-Imam As-Syafie yang bermaksud:
“Tiada manusia itu menjadi jahil dan berselisih pendapat melainkan disebabkan mereka meninggalkan bahasa Arab yang asli dan cenderung kepada bahasa (pemikiran) Aristotle”.
Katanya juga:
“Hukumanku terhadap ahli kalam ialah dipukul mereka dengan pelepah tamar, kemudian diusung di atas unta mengelilingi kabilah-kabilah serta dilaungkan kepada mereka bahawa inilah balasan kepada sesiapa yang meninggalkan Al-Quran dan Hadith dan berpandukan ilmu kalam”.

Pencemaran ini disusuli pula dengan pengaruh hawa nafsu dalam penerimaan terhadap sumber-sumber wahyu tersebut. Maka timbul pula golongan-golongan yang mengatakan "kami tidak beriman dengan perkara-perkara ghaib, atau kami tidak mengesahkan sesuatu perkhabaran wahyu melainkan khabaran itu diterima oleh akal".
Kemudian lahir pula golongan tariqat sufi menyeleweng yang mengatakan "kami tidak menerima melainkan dari syeikh kami; kami tidak dapat berjalan melainkan menurut tariqat syeikh kami; kami tidak dapat memahami kehendak-kehendak Al-Quran dan Hadith melainkan dari syeikh kami".
Berikutan dari inilah timbul pula puak-puak kebatinan termasuklah golongan Syiah yang kemudiannya mempergunakan pengaruh politik pula untuk mengubah dasar dan sumber-sumber aqidah menurut kehendak hawa nafsu mereka.
Demikianlah seterusnya penyelewengan berlaku dalam cara penerimaan sumber aqidah yang menyebabkan perpecahan umat menurut kehendak akal dan hawa nafsu masing-masing. Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, maka pembaca adalah dianjurkan membaca sendiri buku-buku berkenaan firqah-firqah Islamiyah (pecahan golongan-golongan Islam) yang asasi seperti Kitab “Maqalat Islamiyiin” oleh Abu Hasan Al-Asy‘arie dan kitab “Al-Milal wa An-Nihl” oleh As-Shahrastani.
Memadailah dengan merenungkan kenyataan ini "Bagaimanakah cara penerimaan sumber-sumber aqidah oleh golongan-golongan yang menyeleweng ini dapat kita terima sebagai lebih afdhal dari cara penerimaan para sahabat, tabi‘in, imam-imam besar dalam feqah dan ahli-ahli hadith yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadith. Bagaimanakah dapat kita yakini bahawa cara golongan bid‘ah inilah yang lebih selamat dalam penerimaan aqidah. Sudah pastilah cara penerimaan ulama’-ulama’ yang terawal adalah lebih selamat, lebih bijaksana dan lebih arif dari golongan-golongan bid’ah dalam kurun-kurun selepas mereka"...
Bab 2: Aqidah, Amalan dan Martabat dalam Agama
Bab 2: Aqidah, Amalan dan Martabat dalam Agama
No comments:
Post a Comment