RISALAH KEPADA AHLI SUNNAH;
PELAKSANAAN DAKWAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI MALAYSIA2. PROSES PELAKSANAAN ASSUNNAH: LIKU-LIKU PEMBABASAN
Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab para penyeru kepada AsSunnah amatlah berat. Namun tugas ini adalah wajib kepada setiap pendokong Ahli AsSunnah. Dan lebih berat lagi ialah kepada penuntut-penuntut ilmu AsSunnah dan mereka yang bergelar “ustaz-ustaz” atau lebih canggih lagi digelar “syeikh-syeikh” atau “ulamak-ulamak” AsSunnah. Rasulullah saw sendiri telah mengiktirafkan perkara ini dengan sabdanya yang bermaksud:
Sudah pastilah pula setiap proses pelaksanaan mendakwah dan menghidupkan asSunnah itu menghadapi kesilapan seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
“Setiap bani/anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik mereka yang membuat kesilapan ialah mereka yang bertaubat” (Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad).
Setiap kesilapan menghasilkan proses pelaksanaan yang `terbabas’ dari objektif yang dituju sama ada sedikit atau banyak bergantung kepada magnitude/saiz atau intensity/ kekerapan kesilapan tersebut. Namun keistimewaan Dakwah AsSunnah ialah pembabasan tersebut tidak merosakkan visi dan misi keseluruhan Dakwah AsSunnah dengan syarat ia tidak membawa kekufuran atau kesyirikan luar dari batas ketentuan syarak.
Bertolak dari fenomena yang digariskan diatas maka penulis merasakan perlu dipaparkan beberapa nota perhatian dibawah sebagai peringatan atau proses pengemudian semula tehadap beberapa kesilapan dan pembabasan yang telah berlaku dalam perlaksanaan Dakwah AsSunnah di Nusantara.
Bertolak dari fenomena yang digariskan diatas maka penulis merasakan perlu dipaparkan beberapa nota perhatian dibawah sebagai peringatan atau proses pengemudian semula tehadap beberapa kesilapan dan pembabasan yang telah berlaku dalam perlaksanaan Dakwah AsSunnah di Nusantara.
Disamping itu sebahagian nota perhatian tersebut harus dijadikan bimbingan dari garis panduan perlaksanaan Dakwah AsSunnah semasa dan dimasa depan di Nusantara.
Beberapa teguran yang dipaparkan bukanlah bermaksud menyentuh peribadi-peribadi tentu. Ia adalah semata-mata dalam bentuk proses mengambil pelajaran/koreksi dari kesilapan-kesilapan yang telah dan sedang berlaku termasuk kepada diri penulis sendiri dan para sahabatnya. Ia juga boleh dijadikan pelantar/platfrom penapisan dan kemajuan Dakwah AsSunnah kealaf yang lebih matang. Semoga Allah mengurniakan kita dari golongan yang benar-benar diredhainya dalam memperjuangkan dan merealisasikan AsSunah dimuka bumiNya, serta termasuk dalam golongan penegak AsSunah yang telah di isyaratkan oleh baginda Rasuluallah saw yang bermaksud:
3. Masalah Fanatik Kepada Pendapat Guru-guru Tertentu Sahaja (Klik di sini)
No comments:
Post a Comment