Saturday, August 13, 2011




RISALAH KEPADA AHLI SUNNAH; PELAKSANAAN DAKWAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI MALAYSIA 


5.  PENYESUAIAN SEMASA (FIQH ALWAQI’) DI ERA GLOBALISASI



Pengikutan Manhaj dakwah ulamak-ulamak terawal (salafiyah) dinegara-negara Timur Tengah tidak bermaksud kita mesti ciplak 100% metodologi dakwah mereka untuk masyarakat kita semasa. Apa yang penting diambil pengajaran disini ialah mereka berjaya berijtihad mengorak langkah perlaksanaan dakwah berdasarkan Manhaj ASWJ sesuai dengan masa dan tempat alam sekeliling dizaman mereka menurut kaedah Al Masalih Al Mursalah atau kemaslahatan-kemaslahatan umum diturunkan wahyu kepada ummat manusia umumnya dan kepada ummat Muhammad s.a.w. khususnya (sila lihat bahagian 11.2.4.1 Definasi Al Masalih AlMursalah dalam Kitab Manhaj Aqidah ASWJ oleh penulis).

Sudah pastilah terdapat perbezaan dari segi pendekatan (approach) dan 
teknik dakwah jika dibandingkan zaman ala globalisasi kini dengan zaman ulama-ulamak AsSunnah 50,100 atau 500 tahun lepas. Penyesuaian harus dikaji dan dimajukan (R&D - Research and Development) untuk dakwah AsSunnah dizaman kita ini yang bercirikan revolusi ICT, globalisasi, dunia tanpa sempadan dan sebagainya. Isi kandungan Manhaj tetap tidak berubah. Tetapi teknik perancangan dan perlaksanaan harus diubah suai menghasilkan komitmen kukuh dan berterusan dari pendokong Ahli AsSunnah. Contohnya kalau dahulu dizaman “tujuh puluhan” (1970’an) golongan pelajar adalah lebih komited dan patriotik disebabkan mereka adalah majoriti (90%) dari golongan ibubapa yang miskin, tapi sekarang para pelajar dizaman “milenium” (2000’an) kurang peka dengan isu-isu perjuangan agama dan bangsa disebabkan majoriti ibubapa mereka adalah dari golongan yang berkemampuan dari sudut kebendaan serta dipengaruhi dengan “gadjet gadjet” canggih seperti PC, talifon bimbit, internet, sms, kancil, proton saga, dan lain-lain. Sebab itulah, masalahnya sistem dakwah berkelompok secara “usrah” zaman sekarang sudah kurang berkesan mempengaruhi golongan pelajar jika dibandingkan dengan zaman 1970’an dan 1980’an kerana system informasi jauh lebih terbuka dan melalaikan pada zaman milenium ini. Maka harus diperbaiki sistem usrah tersebut sesuai dengan perkembangan semasa. Sesungguhnya umat Islam ketingganlan zaman dari sudut kemajuan sains dan teknologi disebab kelalaian mereka tidak bersaing ketika Eropah menempuhi Revolusi Industri. Pada hal sebelum itu Umat Islam berbangga dengan kemajuan tamadun Islam hingga ke Cordova di Andalus, Sepanyol, dimana Eropah pada waktu yang sama mengalami musibah Zaman Gelap (the Dark Ages) yang mengorbankan berjuta penduduk di sebabkan wabak tikus. Apabila Eropah bangkit dengan Revolusi Industri, umat Islam terus berpoya-poya dengan kesenangan hidup. Hasilnya, sekarang ini umat Islam terpaksa mengemis untuk mendapatkan produk-produk sains dan teknologi dalam segenap bidang komunikasi, pertanian, industri, peralatan ketenteraan, pengangkutan dan segalanya. Revolusi masa depan ialah Revolusi ICT (Teknologi Informasi Berkomputer).


Segalanya pada masa kini adalah berkaitan dengan komputer termasuklah teknik cara berdakwah sendiri, teknik memperolehi ilmu, teknik pengurusan beroganisasi, dan teknik perlaksanaan. Kesemuanya bergantung rapat  dengan penggunaan teknologi komputer.  Maka wajib bagi Ahli AsSunnah  mengharungi dengan kepintaran terhadap kemajuan teknologi informasi berkomputer ini berpandukan Manhaj ASWJ untuk terus bersaing di era globalisasi menggunakan kaedah Fiqh AlWaqi’ atau ilmu pemahaman keadaan hal ehwal semasa (contohnya dalam kitab yang ditulis oleh Syeikh Nasir AlUmar berkenaan tajuk ini).

No comments: