Saturday, November 25, 2017

MEMACU KECEMERLANGAN AKADEMIK MELALUI E-PEMBELAJARAN HOME TUTOR

21 November 2017 - Pada majlis ini Tn Hj Ismail Omar, Pengarah Urusan YAKIN, menyempurnakan penyampaian ID Akses HomeTutor bernilai RM 3.6 juta kepada 32 buah sekolah yang terpilih di daerah Hulu Langat yang melibatkan 10 000 orang pelajar yang akan menduduki PT3 dan SPM 2018. Alhamdulillah pihak HomeTutor juga akan mengunjungi Sekolah Kiblah bagi melatih para pelajar serta menyumbangkan ID Akses HomeTutor secara percuma untuk semua pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 4 yang akan menduduki PT3 dan SPM 2018.











SESI TAKLIMAT HOME TUTOR SEKOLAH KIBLAH : Pada 7 November 2017, jam 3.00 petang bertempat di Masjid Sekolah Kiblah, Dasar Jati Sdn Bhd melalui anak syarikatnya Home Tutor telah mengadakan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 4 berkaitan kepentingan program Home Tutor yang bakal dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2018. Program ini akan bermula pada November 2017 dan pihak Home Tutor akan memberi ID secara percuma kepada semua pelajar Tingkatan 2 dan 4 di Sekolah Kiblah.

Home Tutor adalah pembelajaran secara atas talian ( online ) dan pembelajaran secara interaktif. Para pelajar kini bebas menelaah mata pelajaran KSSM di mana sahaja mereka berada khususnya semasa cuti persekolahan. Para pelajar juga didedahkan kepada ribuan latihan dan juga nota pembelajaran terkini dibekalkan dalam program tersebut. Semoga program ini memberi manfaat yang besar kepada para pelajar untuk lebih cemerlang. 












No comments: