Sunday, December 3, 2017

LIPUTAN BERITA MULTAQA GASMA KALI KEDUA 2017





Selepas merasmikan Multaqa Tahunan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) Kali Kedua di Gelugor, Pulau Pinang, Sabtu 2 Disember 2017 Datuk Seri Hamzah Zainudin (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) yang juga selaku penasehat GASMA, beliau menyampaikan bahwa gabungan itu bukan ditubuhkan untuk menghukum mana-mana pihak, sebaliknya ia bermatlamat menyebar luas fahaman itu yang berlandaskan al-Quran dan hadis sahih.

"Apabila kita sebut Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan kita mahu hukum orang lain. Yang penting adalah untuk beritahu bahawa kita mengikut dalil dan berada di landasan yang benar.

"Jika ada kumpulan atau fahaman lain, itu adalah hak kerajaan untuk tentukan. Ia bukan bidang kuasa kita untuk jatuhkan hukuman atau sebagainya," katanya.

Menyentuh mengenai Gasma, beliau memberitahu, gabungan itu bukan bertujuan untuk menghukum mana-mana pihak sebaliknya bermatlamat menyebar luas usaha dakwah yang dipimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Meskipun terdapat pihak luar yang cuba memberi gambaran buruk mengenai gabungan itu, namun katanya, Gasma tetap teguh dengan usaha dakwah berlandaskan al-Quran dan dan hadis.

“Soal tindakan terhadap perkara-perkara yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu terletak pada kerajaan, Gasma tidak akan sesekali bertindak kerana platform ini tujuannya adalah untuk mendidik,” katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Dr Noor Zari Hamat dan Mufti Makkah, Sheikh Dr Sulaiman As Salumni.


No comments: