Friday, June 21, 2019

Dari Meja Dr. Ustaz Ismail Bin Omar, Pengarah Urusan Sekolah Kiblah dan Maahad Tahfidz Kiblah




Dari Meja Dr Ustaz Ismail Bin Omar, Pengarah Urusan Sekolah

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته

1. Saya mewakili pihak lembaga pengarah YAKIN dan lembaga pengelola Sekolah Kiblah dan Maahad Tahfidz Kiblah, terlebih dahulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Ma'af Zahir dan Bathin kepada semua ibubapa serta penjaga.

2. Syukur Alhamdulillah, prestasi SPM  2018 menunjukkan satu peningkatan yang amat memberangsangkan. Penerimaan pelajar-pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian mereka ke IPTA dan IPTS menjadi penanda Aras pencapaian cemerlang pelajar-pelajar Kiblah ditingkat SPM. Keseluruhannya, prestasi akademik (KSSM & KYSK) dilihat berada dilandasan yang tepat. Syabas diatas usaha gigih para pendidik yang sentiasa komited dalam meningkatan kecemerlangan anak-anak didik mereka. Bertunjangkan pengalaman 27 Tahun Kiblah dalam bidang pendidikan, saya yakin kita bakal menempa kejayaan demi kejayaan dan bakal meletakkan nama Kiblah seiring dengan institusi-institusi pendidikan yang cemerlang.

3. Sekalung tahniah kepada Jabatan Pra-Madinah yang mana telah membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang mampu membawa obor Kiblah ke peringkat antarbangsa. Semoga Allah swt memberkati dan memberikan kemudahan kepada pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan bagi melanjutkan pengajian mereka ke Madinah dan Cawangan Riyadh tidak lama lagi. Saya juga memohon ibubapa dan penjaga semua membantu mendoakan perbincangan saya di Riyadh pada bulan lepas di mana secara prinsipnya suatu persetujuan telah dicapai dalam mendapatkan 10 Quota pelajar setiap tahun menjadi reality selepas haji nanti.

4. Syabas juga kepada rekod cemerlang pelajar-pelajar Maahad Tahfidz Kiblah (MTK). Untuk pengetahuan para ibubapa, pengurusan Kiblah sedang giat menjalankan proses naik taraf standar program Tahfiz keseluruhannya. Empat orang guru senior laki-laki dan seorang guru perempuan yang berpengalaman luas dalam Tahfidz dari Timur Tengah sudah diserahkan ke MTK.
Ketinggian atas hafalan mereka adalah perlu bagi menjadi penanda Aras tahap pelajar mereka. Jadual waktu hafalan sedang ditambah baik terutama kepada pelajar level Itqan. 

5. Untuk pengetahuan tuan/puan, MTK sedang meningkatmya sistem hafalan kepada  2 level: level Barakah dan Level itqan. Maka pelajaran level 2 boleh menghabiskan hafalan dalam masa yang sangat singkat. Kemudian mereka diberikan pilihan meneruskan ke level Itqan atau beralih kebahagian Akademik di Sekolah Kiblah menurut kemampuan dan hasrat pelajar. Pada level Itqan akhirnya akan diuji dan diberi Sijil Tahfidz Itqan dikeluarkan dengan kerjasama YAKIN dan IQA (Internasional Quran Academy) yang berpusat di Riyadh. Pelajar-pelajar level Itqan akan meneruskan pengajian ke peringkat Sijil Thanawi / Pra-Madinah. Yang diiktiraf oleh Madinah Internasional University (MEDIU) di Shahalam bagi membolehkan pelajar-pelajar menyambung terus pengajian ke peringkat ijazah pertama.

6. Diharap perkara di atas dalam makluman tuan/puan. Sokong padu semua pihak juga komitmen ibubapa terhadap Kiblah amat kami hargai. Sebarang kekeliruan dan pertanyaan bolehlah dirujuk kepada jemaah pengurus SK dan MTK atau pun terus kepada pengarah operasi, pengetua dan mudir MTK atau saya sendiri.

Sekian, Wassalam

Dr. Ustaz Ismail Omar

Pengarah Urusan Sekolah Kiblah dan Maahad Tahfidz Kiblah

21 Juni 2019


No comments: