Monday, August 1, 2011


RISALAH KEPADA AHLI SUNNAH; 
PELAKSANAAN DAKWAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI MALAYSIA

1. HIDAYAH ALLAH DAN FITRAH YANG SUCI

Kita mengucap syukur kepada Allah azza wajalla yang telah mengurniakan kita dengan taufik dan hidayah-Nya.  Tiadalah kurniaan yang lebih bernilai kepada makluk-Nya selain dari hidayah-Nya. Apalah nilai kebenaran, kebesaran dan kemegahan dunia ini tanpa hidayah-Nya yang menjamin kehidupan kita diakhirat kelak. Tiadalah sebenarnya nilai hidup didunia ini tanpa kebahagiaan diakhirat kelak sesuai dengan firman-Nya;

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

Yang bermaksud, “Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik  dan lebih kekal” (Surah Al A’ala 87: 16-17)
 
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith sahih riwayat Imam AlBukhari yang bermaksud:

“Hiduplah kamu didunia ini seakan-akan kamu orang asing (stranger) atau orang musafir / merantau.” 

Sesungguhnya fitrah semula jadi yang ditanamkan oleh Allah dalam hati sanubari setiap insan adalah kebaikan. Firmannya;
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Yang bermaksud,  “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar” (Al Baiyinah 98:5)


Malangnya fitrah suci insan itu telah dicemari oleh 2 perkara iaitu pengaruh alam sekeliling dan juga tipu daya syaitan.*


No comments: